Monday, October 4, 2010

Orang Asli Kampung Kuching Cerdik Pembangunan



















Kampung Kuching merupakan kampung Orang Asli paling cerdik di Sungai Tembeling.


Jambatan balak yang digunakan sekarang.

Model jambatan menyeberangi Sungai Tembeling dekat dengan Kampung Kuching, Ulu Tembeling.

Kampung Kuching adalah sebuah kampung Orang Asli di Ulu Tembeling. Jika mudik ke Kampung Bantal kita akan melalui dulu Kampung Kuching. Sebuah kampung yang cantik berlatar belakangkan bukit bukau.

WZWH dalam posting kali ini mengiktiraf Orang Asli Kampung Kuching sebenarnya cerdik. Peka kepada pembangunan dan ada visi.

Mengimbas kembali sewaktu kempen pilihanraya PRU 2008 ketika WZWH mudik berkempen di Ulu Tembeling. Bila singgah di Kampung Kuching, WZWH lihat begitu banyak bendera PAS dipasang. Ini cukup merisaukan WZWH.


Orang kuat Tok Batin Kampung Kuching.

Bila WZWH jumpa Tok Batin Kampung Kuching, WZWH perhatikan Tok Batin seorang yang "good negotiator" pandai deal.

WZWH ingat lagi bila Tok Batin mencerita janji-janji wakil rakyat sebelum itu baik ADUN dan parlimen yang tidak memuaskan hati Tok Batin.

Tok Batin berkata," kami bukan mahu minta berjuta-juta, bukan beratus ribu cuma hanya beribu-ribu aje!"

Tok Batin mahukan enjin sangkut. Pandai pula Tok Batin bercakap," kami mahu yang dalam kotak!" (baru). Bila dihantar enjin sangkut kepada Tok Batin, WZWH dapat tahu Tok Batin marah-marah. Kata Tok Batin," kami nak buat apa enjin sangkut dalam kotak tu...tidak boleh berjalan dia tanpa perahu! WZWH menepuk kepala la terpaksa kena beli sebuah perahu pulak, kena lagi! Selepas itu bila WZWH menghilir bila lihat Kampung Kuching penuh bendera BN dikibarkan sepanjang kampung Orang Asli itu!

WZWH teringat kepada Tok Batin Sungai Tekai bila Tok Batin berkata, "nya kalau tidak dimasukkan api(elektrik) ke rumah-rumah kami (seminggu sebelum pilihanraya) kami semua pakat anak beranak memangkah Moon la. WZWH tanya Moon tu siapa...Ohh Moon tu dalam Bahasa Melayu maknanya bulan. Bulan lambang parti PAS!

Wah... cerdik pandai Tok batin-tok batin di Sungai Tembeling nih. 

Majoriti Orang Asli kampung Kuching beragama Islam. Tok Batin mahu dibina sebuah surau baru yang lebih besar. Bila ditanya siapa mahu jadi imam maka dijawab Tok Batin,"kami mahu orang Kampung Bantal menjadi imam di surau kami". Tok Batin memberi cadangan supaya dibina sebuah jalan dari Kampung Kuching ke Kampung Bantal.

Sebuah syarikat balak telah membina sebuah jambatan dari seberang Sungai Tembeling di belah hilir kampung Kuching. Juga jalan balak dibina dari Kampung Kuching ke Kampung Bantal.

DS Najib telah meluluskan peruntukan khas PM untuk membina Projek Jambatan dan jalan dari Kampung Kuching ke Kampung Bantal berjumlah RM16 juta. Jambatan balak itu akan diupgrade dan dibuat secara konkrit dan jalan balak itu akan ditarkan sampai ke Kampung Bantal.

Projek Jambatan gantung Kuala Tahan yang berjumlah RM16 juta telah ditangguhkan kerana ramai orang menentang tapi peruntukan itu ada, maka peruntukan itu telah dipindahkan untuk menambah kepada peruntukan Projek Jambatan Kampung Kuching dan jalan dari kampung Kuching ke Kampung Bantal yang bertambah kepada RM32 juta.

Sebab itu WZWH cakap Orang Asli Kampung Kuching lebih cerdik pembangunan dari orang Melayu di Sungai Tembeling kerana Orang Asli Kampung Kuching ada visi dan percaya serta yakin kepada ADUN mereka. Orang Melayu Tembeling jika projek itu diluluskan, ada peruntukan dari Putrajaya, kerajaan negeri pula menyokong tapi orang Melayu Tembeling sendiri menolak dengan berbagai alasan!

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024