Saturday, October 16, 2010

Pembangunan Resort Bersepadu Eco-nature Kuala Tahan RM2.5 Bilion


DS Najib dalam Bajet 2011 telah membentangkan pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

Merujuk pula industri pelancongan yang menjana hasil RM53 bilion pada tahun 2009, ia berpotensi untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta meningkatkan lagi pendapatan negara. Berdasarkan Laporan United Nations World Tourism Organisation pada tahun 2009, Malaysia menduduki tangga kesembilan dari segi bilangan ketibaan pelancong. Usaha akan dipergiatkan lagi untuk menarik lebih ramai pelancong dengan menyediakan pakej dan produk pelancongan yang inovatif. Untuk ini, kerajaan akan melaksanakan inisiatif seperti berikut:

Pertama: Memperuntukkan sebanyak RM85 juta untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bagi membolehkan pembinaan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong;

Kedua: Membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang dengan peruntukan sebanyak RM50 juta;

Ketiga: Menyusun semula Jabatan Penerbangan Awam menjadi Lembaga Penerbangan Awam; dan

Keempat: Nexus Karambunai, sebuah resort terkemuka di Sabah telahpun komited untuk membangunkan resort bersepadu eco-nature yang pertama seumpamanya di dunia, bagi memanfaatkan kelebihan keindahan alam semula jadi, dan keunikan tersendiri di Karambunai, Sabah berjumlah RM3 bilion akan bermula tahun hadapan. Bagi menyokong industri pelancongan di Malaysia, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta;

Pembangunan resort bersepadu eco-nature Kuala Tahan bernilai RM2.5 bilion oleh pemaju swasta di Jerantut, Pahang akan bermula memandangkan sokongan pentadbiran DS Najib kepada industri pelancungan.

Jika industri pelancungan Sabah dapat perhatian DS Najib maka Pahang apa kurangnya boleh menawarkan resort eco-nature yang lebih baik lagi.

Ceritanya bermula begini, 38 tahun dulu usahawan ini pernah melawat Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Beliau sungguh tertarik dengan keindahan flora dan fauna Taman Negara Kuala Tahan. Beliau telah nampak Kuala Tahan punya potensi untuk dibangunkan sebagai tempat menarik pelancung.

Usahawan ini sekarang antara bilionair terkaya. Beliau mahu membina hotel resort bertaraf 7 bintang dengan konsep baru iaitu "green indoor park". Beliau telah membinanya di Kanada.

Antara ciri-ciri konsep "green indoor park":

  • struktur bangunan hotel dibuat dari "glass"
  • 400 bilik
  • Taman Botani
  • Air yang dikitar semula
  • Air terjun buatan
  • Zoo Akuakultur
  • Taman Safari
  • Rainforest Golf course terunik di dunia
  • Semua bahan yang dibuat dari bahan dikitar semula


Kerajaan negeri Pahang bersedia untuk meluluskan tanah seluas 700 ekar kepada usahawan ini untuk dimajukan. Pelaburan projek ini bernilai RM2.5 bilion. Projek ini boleh memerlukan 300 orang pekerja dan akan meningkat pada setiap tahun.

Industri pelancungan menyumbang RM53 bilion setahun kepada negara. Pahang hanya boleh tap RM5 bilion. Yang lain banyak mencurah ke Sabah, Sarawak dan Melaka. Pahang perlu meningkatkan "market share" ke RM10 bilion kerana Pahang ada banyak produk-produk pelancungan.

Apa yang usahawan ini mahu ialah jalan dari Jerantut ke Kuala Tahan perlu dinaiktaraf bagi memudahkan perhubungan. WZWH perhatikan kekangan bagi projek ini ialah bekalan tenaga elektrik yang tidak mencukupi di sekitar Kuala Tahan.

DS Najib telah umumkan dalam Bajet 2011 telah memperuntukkan sebanyak RM85 juta untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bagi membolehkan pembinaan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong. Maka jalan dari Jerantut ke Kuala Tahan perlu dinaiktaraf bagi memudahkan perhubungan.

Sebab itu WZWH mahu Projek Hidroelektrik Sungai Tekai perlu dibina dengan kadar segera bagi mengatasi kekurangan bekalan tenaga elektrik. Projek mini-hidro perlu dipertimbangkan dan dikenal pasti. Loji tenaga biomass dari pelet kelapa sawit juga perlu dipertimbangkan untuk dibina di kawasan berdekatan Felda Sungai Retang dan Padang Piol.

Dengan terbinanya hotel resort berkonsepkan eco-nature bersepadu dan "green indoor park" akan menarik minat pelancung asing dan dalam negeri mengunjungi Kuala Tahan. Sudah ada pelabur dari Singapura yang berminat dengan projek impian WZWH-kereta kabel Gunung Tahan. Dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang DUN Tahan akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di DUN Tahan dan ekonomi Jerantut.

DUN Tahan dan Jerantut punya potensi yang besar dalam bidang pelancungan. Kita perlu kreatif dan inovatif fikir bagaimana hendak memajukan tempat kita.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024