Tuesday, October 5, 2010

Sultan Pahang Bertitah Bina Jambatan Kampung Kuching


















Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al- Muadzam Shah , Sultan Pemerintah Pahang dan jajahan takluknya telah bertitah supaya projek menaiktaraf jambatan balak Kampung Kuching Ulu Tembeling kepada jambatan konkrit dibina, hari ini di Kampung Bantal sempena lawatan Baginda di Majlis Sambutan Hari Raya bersama penduduk Ulu Tembeling.
Baginda mahu Pengarah Hutan Negeri Pahang memberi kebenaran kepada orang Ulu Tembeling menggunakan jambatan itu. Baginda turut memerintahkan Tuan OCPD Jerantut melihat aspek keselamatan dan memantau jambatan balak Kampung Kuching itu.

Tuanku Sultan dimaklumi bahawa syarikat balak itu telah tamat tempoh konsesi balaknya dan mahu jambatan itu diserah kepada orang kampung.

WZWH telah menceritakan latar belakang projek Jambatan Kampung Kuching dan jalan dari Kampung Kuching ke Kampung Bantal dalam posting lalu seperti berikut...

Sebuah syarikat balak telah membina sebuah jambatan dari seberang Sungai Tembeling di belah hilir kampung Kuching. Juga jalan balak dibina dari Kampung Kuching ke Kampung Bantal.

DS Najib telah meluluskan peruntukan khas JPM untuk membina Projek jambatan dan jalan dari Kampung Kuching ke Kampung Bantal berjumlah RM16 juta. Jambatan balak itu akan diupgrade dan dibuat secara konkrit dan jalan balak itu akan ditarkan sampai ke Kampung Bantal.

Projek jambatan gantung Kuala Tahan yang berjumlah RM16 juta telah ditangguhkan kerana ramai orang menentang tapi peruntukan itu ada, maka peruntukan itu telah dipindahkan untuk menambah kepada peruntukan Projek Jambatan Kampung Kuching dan jalan dari kampung Kuching ke Kampung Bantal yang bertambah kepada RM32 juta.

Tuanku Sultan dimaklumkan Projek Felcra 1500 hektar dan Projek Ulu Tembeling sedang dalam progress. Projek Jalan Ulu Tembeling fasa pertama dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi bernilai RM120 juta sedang berjalan. Projek ini dijangka siap pada tahun 2012. Tuanku Sultan mahu melawat projek jalan ini pada tahun depan bulan Februari.

Tuanku Sultan berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan ahli parlimen Jerantut, YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak.
WZWH dapat membaca "mood" Tuanku Sultan sangat "happy" dan ceria. Tuanku Sultan turut mencemar duli menyanyikan beberapa lagu seperti lagu Melayu berduet, "Widuri" dan "My Way". Penduduk Ulu Tembeling yang hadir sekitar 2000 orang turut terhibur bila Raja mereka menyanyi.
Dato' SUK dan semua Ketua Jabatan turut hadir. WZWH sangat gembira kerana Majlis Sambutan Hari Raya bersama Sultan Pahang berjalan dengan lancar. Tuanku Sultan berkenan memberi duit raya kepada warga emas, ibu tunggal, orang miskin dan kanak-kanak. Tuanku Sultan turut berkenan menerima persembahan orang Ulu Tembeling dan mendengar masalah-masalah mereka.
WZWH paling gembira bila Tuanku Sultan Pahang berkenan menitah Projek Jambatan Sungai Kuching yang WZWH ceritakan dalam posting dulu dibina. Patik pacal yang hina merafak sembah terima kasih kepada Kebawah Duli Tuanku.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024