Sunday, March 5, 2017

DAP Cabar UMNO Raub Letak Calon Parlimen PRU 14?

Image may contain: 1 person, smiling, standing and outdoor

Ada kemungkinan Pimpinan Tertinggi DAP mahu meletakkan calon aktivis muda yang rajin turun padang menarik personaliti seperti Dyana Sofya di kerusi Parlimen Raub PRU 14. Foto Ihsan credit Dyana Sofya.

DAP cabar UMNO Raub letak calon Parlimen PRU 14? 

Entah mengapa tiba-tiba Blogger Sakmongkol AK47 @ Dato' Ariff Sabri Ahli Parlimen Raub macam mencabar UMNO Raub lobi letak calon bertanding kerusi Parlimen Raub PRU 14.

Macamana Dato' Sak (gelaran beliau di media sosial alam maya cyber) berfikir begini. Barangkali cicit Khatib Amin adik beradik Tok Gajah ini sudah sedar rupanya...???

WZWH reproduce tulisan Dato' Sak dalam Blog Berita Parlimen Raub: Ya Kenapa tidak UMNO yang bertanding kerusi parlimen Raub?




Saya diberitahu akan tulisan Dato Wan Zamzuri diatas. Dia orang kuat UMNO Jerantut. Selalu bantu sahabat saya, Dato Sri Wan Mizan.Mudah mudahan, Dato Wan Mizan dapat jadi MB Pahang. 

Izinkan saya memberi sedikit komen. Jawapan ini untuk sebahagian isu yang dibangkitkan oleh WZWH. 

Tidak kira lah dia datang dari Jerantut- dia orang Melayu , rakyat Malaysia. Tidak ada masaalah. Lagi pun, Dato Shahrudin jemput beliau. Orang Raub bila tiba bab ahli parlimen bukan berkira sangat- Ng Yen Yen orang Kelantan, mereka rela terima. Tan Koon Swan pun bukan orang Pahang. MP2 Cina semua nya bukan orang Pahang atau Raub seingat saya. Jadi jika WZWH orang Jerantut, aok me nak marah?

Ini suatu cadangan yang amat baik. MP Melayu terakhir untuk Raub ialah Abdullah Majid. Orang UMNO gelar dia Dollah Kominis kerana dia kemudian dituduh sebagai seorang komunis oleh puak2 UMNO juga. Rupa2 nya, memang ini amalan orang UMNO dan penyokong mereka; yang tidak bersetuju dan berlawan pendapat digelar dan dilabel sebagai komunis. Hari ini, yang tidak bersetuju dengan mereka, dikatakan tidak cukup Melayu dan sekarang tidak cukup Islam.Kafir pun ada.

Sebab itu kita lihat berlakunya perpaduan dua kabilah sekarang- satu yang mendukung ketuanan Melayu dan satu lagi ketuanan Islam. Yang tidak ikut ketuanan Melayu, dilabel sebagai tidak cukup Melayu. Yang tidak ikut versi Islam Haji Hadi, dikatakan tidak Islamik, murtad dan bila meninggal dunia, dikebumi dijirat Cina.

Kembali kepada tajuk. Terima kasih lah kepada Dato WZWH kerana menjadi jurucakap UMNO Raub. Sekali lagi saya katakan ini pandangan yang baik. Raub yang majoriti penduduknya bangsa Melayu bergama Islam sudah hampir 40 tahun( sebelum saya, Melayu dan Islam) tidak berMPkan orang Melayu dan Islam.

Kalau tidak sekarang, bila lagi?

Chew Mei Fun hari ini masuk kekampung2 baru cina-Sungai Lui, Cheroh, Sang Lee, Teras, Sungai Ruan, Sungai Klau, Bukit Koman, Sungai Cetang- menghasut orang2 cina jangan undi orang Melayu. Ertinya, Mei Fun seorang yang rasis.

Tapi orang Melayu selama ini tidak pun rasa apa2 kesalahan dari segi moral, menyokong orang Cina jadi calun MP Raub. Senator yang curi balak pun, orang UMNO sokong.

Maka tibalah masa nya, pemimpin UMNO mendesak Najib Tun Razak menyetujui supaya orang Melayu pula jadi MP Raub. Orang Melayu UMNO. Tulin dan sejati. 

Tambahan pula, semasa mesyuarat UMNO Bahagian Raub, Dato Sri Shahrudin Moin telah mengistiharkan dan disambut dengan sorakan goga dan gegak gempita, supaya Raub menonjolkan seorang heavyweight untuk merampas parlimen Raub dari DAP. Shahrudin Moin mencadangkan nama Dato Azinudin, jurutera dan pengarah lombong emas, Bukit Koman yang meracuni daerah Raub sebagai calun parlimen. Syabas Dato Shah, aok tak lihat Chew Mei Fun as heavyweight enough to wrest Raub.

Saya rasa orang UMNO yang gagah perkasa, jangan berganjak dari keputusan ini. Jika berganjak , dimana Dato Shahrudin hendak taruh muka dia? Jatuhlah kemaluan dia. Majority pengundi Raub ialah orang Melayu. Bila lagi hendak ada calun MP UMNO setelah gersang selama 40 tahun lebih?

Saya bersetuju benar, jika UMNO Raub mengadakan tunjukrasa- sewa bas persiaran, mengadap Dato Najib, mengadap Tengku Muda, Tengku Mahkota bahkan DYMM Sultan sendiri, agar memberi peluang untuk UMNO Raub meletakkan calun MP Melayu UMNO. Saya rasa mereka boleh menang. Dengan syarat , saya duduk berdiam diri lah. Saya tak terlawan jentera UMNO dan sumber kewangan yang mereka ada.

Desaklah Dato Najib walaupun, UMNO Raub tidak tahu bahawa Najib sudahpun menjanjikan kerusi parlimen Raub untuk MCA. Kalau tidak masakan Chew Mei Fun turun Raub sejak 1 tahun ini, berkempen mencaci orang Melayu dan Melayu UMNO Raub kata OK.Berdiam diri tanda setujulah tu.

Saya sangat bersetuju bila UMNO Raub dibawah arahan Shahrudin Moin menghalang Chew Mei Fun masuk kekawasan Melayu. Jangan bawa seorang rasis kedalam kampung2 Melayu yang berjumlah 42 kampung itu. Jika ada kematian, masakan Chew Mei Fun dapat sembahyang jenazah.

Berani kah Chew Mei Fun berkata kepada orang Cina jangan bangkang dan tolak kerajaan orang Melayu atas alasan yang tak betul? Dia tidak berani. Dia mesti main lagu perkauman untuk memenangi hati orang Cina.

Saya berani berkata begitu dihadapan orang Cina. Saya kata kepada mereka, jangan bersikap perkauman – jangan tolak pemerintah Melayu hari ini kerana alasan2 yang salah. Alasan yang dijual oleh Chew Mei Fun yakni jangan undi Melayu semata mata, mereka Melayu.

Saya kata kepada orang Cina- kamu mesti tolak kerajaan atas alasan2 benar- yakni tolak kerajaan yang rasuah, yang salah guna kuasa, yang tidak amanah, yang tidak adil, yang mencuri duit rakyat, yang berbohong. Jika mereka lihat dan yakin pemimpin Melayu ada sifat2 ini- barulah tolak mereka. Jangan bersikap perkauman, menolak pemimpin Melayu hanya kerana mereka bangsa Melayu.

Tapi inilah calun yang UMNO akan bantu. Calun seperti Mei Fun yang rasis dan tidak berani berkata tolaklah kerajaan Melayu atas alasan yang benar.

Lanjutan dari cadangan WZWH itu, saya ingin beri pandangan- jangan berhenti setakat Raub. Desak calun2 Melayu UMNO diletakkan di Bentong - majority juga Melayu dan Cameron Hihglands. Takkanlah orang Melayu yang gagah perkasa dalam daerah2 ini masih rela berMPkan Cina dan India?

Mengenai kemajuan dan pembangunan yang ada di Raub, saya tidaklah mahu letakkan premium yang tinggi sangat kepada usaha orang UMNO. Ini mesti usaha MP2 Cina yang teradahulu, bukan pemimpin UMNO. Tidak begitu? Sebab nya, mana ada MP Raub dari UMNO setelah 3 yang pertama? Semua nya Cina belaka. Tentulah segala kemajuan dan pembangunan adalah hasil usaha MP2 cina ini.

Mengenai kemajuan dan pembangunan, masjid baru, UITM, jalanraya, pusat latihan MARA- semua ini adalah tanggung jawab kerajaan yang menguasai perbendaharan. Yakni mana2 kerajaan yang bertanggung jawab. UMNO tidak berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor- rakyat tetap dapat kemajuan dan pembangunan. Bukanlah UMNO sahaja yang terdaya memikirkan soal kemajuan dan pembangunan. 

Profile penduduk Raub tidak bertukar- masih majority nya melayu. Maka jika pun kerajaan yang memerintah bukan UMNO, pembangunan dan kemajuan mesti mencerminkan kehendak dan desakan majority penduduk yang kian sedar mereka berhak mendapat yang terbaik. Selagi orang Melayu itu majoriti, maka itulah destiny. Kata orang puteh, demography is destiny.

Hanya saya cuma mahu tanya orang UMNO yang berdarah gelora ini- Melayu atau UMNO yang besar? UMNO memerlukan orang Melayu, orang Melayu memerlukan sebuah kerajaan yang baik dengan pemimpin yang baik. Janganlah menghadkan Melayu itu mesti UMNO. Saya berada dalam wadah politik yang lain, tapi tetap juga Melayu.

Objektif kita ialah meramaikan orang Melayu di parlimen. Jika saya menang, sebagai contoh, bertambah seorang lagi Melayu dalam parlimen. Jika UMNO Raub tewas sebelum masuk gelanggang dan akur pada permintaan Najib Tun Razak, dan menyokong Chew Mei Fun, apakah hasil nya jika Chew Mei Fun menang? Orang Melayu UMNO telah menyebabkan bertambahnya seorang lagi Cina dalam parlimen.

Orang Melayu boleh bertelingkah mengenai hal2 politik- tapi jika musibah besar mengancam mereka, mereka akan bersatu.

Senario masa hadapan kepada saya begini. UMNO akan tewas banyak kawasan dan jumlah kerusi nya akan berkurang. Ketika itu ia akan membentuk kerajaan perpaduan. Orang Cina akan terus menyokong DAP dan MCA akan tewas hampir semua kerusi mereka. MIC akan hilang semua kerusi. Sarawak belum tentu menyokong UMNO dan Sabah selepas PRU14 akan dikuasai oleh Shafie Apdal. Dia tak sokong UMNO.

Maka sebagai penamat, nasihat saya, kepada seorang pengomen- janganlah terlalu taksub mengecap DAP sebagai ejen mossad lah, ejen yahudi lah, komunis lah dan sumpah seranah sebagainya. Najib pergi ke China menjilat bontot bapak kominis untuk mendapatkan wang bagi menutup skendal 1MDB itu bagaimana? Najib bersekongkol dengan China jual tanah, asset kepada China, bagaimana?Boleh saya kata Najib ada nama baru- Mao Hu Tang?

4 comments:

Anonymous said...

Untunglah org raub ada uitm, org Temerloh dari sebelum thn 2000 lg kerajaan umno janji nak bukak cawangan UM, pastu UIAM, habuk pun tarak. Tu yg PRU lepas rakyat Tloh mengamuk, kalah teruk UMNO/BN. Next election, kalau masih lagi takde pengumuman Universiti Awam (kolej/universiti swasta pun xdapat nak bawak)kat Tloh, confirm UMNO/BN akan kalah lagi dahsyat. Datuk Shakar dan rakan2 mohon ambil perhatian kehendak rakyat Temerloh seperti yang dijanjikan UMNO/BN hampir 2 dekad yg lepas. Kalau ada penubuhan Universiti Awam, peluang BN/UMNO untuk merampas Temerloh agak cerah.

Anonymous said...

Betul sangat tu, dah ramei yg nasihatkan pemimpin sblm ni, tunaikan janji ipta kat temerloh sblm rakyat ngamuk, tgklah apa dah jadi dgn PRU lepas. Buat je cawangan2 universiti yg jauh2 kat temerloh ni mcm usm, uum atau utm. Raub xmustahil balik semula ke BN sbb rakyat suka, bnyk janji kerajaan dah tunaikan.

Anonymous said...

*DAPig PARTI MOSSAD/IS-rael!

HAPUSkan rejim TERORIS ZIONIS KAFIR HARBI PENJAJAH PARASIT/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL-si puak RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD

Duboq
A njing
P anggang

SELAMAnya - sbb depa nak JUAL Negara Islam kita ni pd. rejim2 KANIBAL/NECROPHILIA IS-rael/MOSSAD-NA*O!!!

BABI punya artikel oleh si mamat KITOL monggolHOMO spesis KANGKANG BABI! Sampai begitu sekali lu mengHINA parti bangsa ORANG ASAL/INDIGENOUS/BUMIPUTERA Islam/Melayu, UMNO! Artikel ini sebenaqnya adalah PERANGKAP puak PENJAJAH PARASIT DAPJUBOQ BABI utk. terus MELETAKkan KULI2 dia dr. calon2 LOSER MCacing-DALANG DUA MUKA di kwsn2 MAJORITI Islam/Melayu!

Sbb. tu JANGAN diBIAQkan kwsn2 bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu diKUASAI lagi puak2 "LOSER" RASIS MCAcing/GerakanKURAP tu!

Oleh itu, aku memang TAK akan MENGUNDI parti2 PENDATANG MCAcing/GerakanKURAP-DALANG DUA MUKA yg. amat BONGKAK dan anti-ISLAM/anti-Bumiputera Islam/Melayu tu (spt. TUAN sebenaq PENJAJAH PARASIT/PENYAMUN DAPJUBOQ BABI depa) - lihat shj. di media StarZIONIS depa - lansung TAK iktiraf bangsa Bumiputera Melayu sbg. bangsa BUMIPUTERA di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang BUMIPUTERA berzaman kita di Semenanjung kita ni; hanya Orang ASLI)!

Yg. PENTING hanya calon2 UMNO/PAS yg. TULEN - yg. akan terus memPERTAHANkan dgn. amat TEGAS, BERANI, JUJUR dan IKHLAS akan SEJARAH, WARISAN, HAK dan BUDAYA bangsa BUMIPUTERA kita (bukan si PENYAMAQ2, sampai ada yg. BERPELUKAN dan berPEGANGAN tangan dgn. JIJIK dgn. si TONGGENG Eng JUBOQ BABI spt. si naz*i/zah*d-mamat2 KITOL)!

Tok Landak.


Anonymous said...

Tok Landak, wat la you talk nonsense oni. Give la komen clever clever. Like going to the sea you know.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024